Sedar tak sedar, kelmarin adalah hari terakhir bulan Jamadil Akhir. Saat berkumandangnya azan Maghrib malam tadi, maka telah masuknya 1 Rejab. Dan hari ini ( Isnin , 23 Jan 2023) bermulalah bulan Rejab 1444H.
Selamat menyambut bulan Rejab 1444 Hijriah kepada semua umat Islam.
Sahabat, marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan Syaaban dan seterusnya bulan Ramadhan dengan meningkatkan keimanan, ketaqwaan, amalan wajib, serta memperbanyakkan amalan-amalan sunnah serta berdoa agar diberikan keberkahan seterusnya dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan Al Mubarrak.
Rasulullah S.A.W sendiri mempersiapkan diri pada dua bulan sebelum Ramadhan, iaitu mempersiapkan diri secara rohani. Rasulullah S.A.W berdoa :
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkahilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadan) kepada kami pada bulan Ramadan”.
Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah :
- Berpuasa
- Memperbanyakkan bersedekah
- Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
- Memperbanyakkan berzikir
- Memperbanyakkan solat-solat sunat
Wallahua'lam
SALAM 1 REJAB 1444H
#cghidayahyusoff.com