🌟 Anjakan ke 7 PPPM - memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran




Bermula dengan pelawaan rakan guru AYU Penang ( masing-masing tidak pernah bersua muka hingga sekarang 🤭 ) dalam group telegram dan di tambah dengan makluman dalam group telegram rasmi sekolah, saya mula terfikir apa salahnya mencuba walhal tengah kalut dengan Peperiksaan Percubaan STPM Sem 1 & Sem 3😅.

Tambahan pula asyik dok nmpk dalam group besar Graduan AYU, dah ramai adik beradik AYU yang memperoleh sijil GCE level 1 ( ramai juga yg dah level up ), so…lagi la perasaan nak mencuba tu membara 😬 sedangkan pengetahuan berkaitan produk Google ni tak seberapa 😂. Tapi yakin..berkat tunjuk ajar JU, pasti boleh 💪🏻

Dan ternyata selesai ja marking kertas exam pelajar dan selepas beberapa hari buat pendaftaran, pada 17/12/2022 pukul 8 malam, saya pun tawakal je la jawab 35 soalan berkaitan Google. Masa diberikan 3 jam untuk menjawab.….Apa soalan yang ditanya? Fuhhh pening juga la nak faham..dah la dalam Bahasa Inggeris ditambah dengan soalan yang mengelirukan..memang mencabar betul bagi individu yang kurang mahir ICT seperti saya ni☺️.

Namun alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..masa peruntukan 3 jam..saya jawab dalam masa 1 jam setengah..🤭 Keputusan dapat masa tu juga..hahaha risau pun ada juga..cuak pun ada..akhirnya..Syukur Alhamdulillah 🤲🏻

Terima kasih banyak kepada semua JU yg sangat awesome, rakan-rakan yang sama-sama sahut cabaran serta suami dan anak-anak yang sangat supportive 🥰 In Sha Allah..semoga segala ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat dalam kerjaya pendidikan dan anak-anak pelajar tersayang.

Tahniah kepada JU DELIMa Seberang Perai  Utara

Tahniah juga buat diri sendiri dan semua rakan yang berjaya dalam GCE Level 1 👏🏻👏🏻

# sumber foto : Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD Seberang Perai Utara
#kitabantukita
#kearahpendidikandigital
Terbaru Lebih lama